Soalan Lazim


  1. Perlukah saya mempunyai tanah sendiri untuk membina rumah?
    • Adalah lebih baik sekiranya anda mempunyai tanah sendiri untuk membina rumah kerana proses akan menjadi lebih mudah. Sekiranya tiada tanah sendiri, pihak kami akan memaklumkan kepada individu yang berminat sekiranya terdapat tanah lot banglo untuk dijual dan mereka boleh menggunakan pinjaman untuk membiayai pakej "tanah + banglo".

  2. Apakah pakej " tanah + banglo"?
    • Pakej " tanah + banglo " adalah pakej untuk individu yang tidak mempunyai tanah sendiri di mana pihak kami akan mencari tanah untuk individu tersebut. Jumlah keseluruhan pinjaman perumahan adalah termasuk dgn harga tanah.

  3. Berapa lamakah tempoh untuk membina sesebuah rumah?
    • Tempoh pembinaan sesebuah rumah bergantung kepada keluasan rumah tersebut. Kebiasaannya untuk rumah berkeluasan 2000kps tempoh pembinaan rumah memakan masa selama 7-8 bulan.

  4. Bagaimanakah saya boleh mengetahui kelayakan pinjaman saya?
    • Bagi pinjaman kerajaan, anda boleh melayari laman web Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia (BPP) dan untuk pinjaman bank pula, anda perlu melakukan semakan dengan pihak bank kerana jumlah kelayakan anda bergantung kepada jumlah gaji bersih, komitmen bulanan dan rekod CCRIS/CCTOS.

  5. Bilakah saya perlu mula membuat bayarab pinjaman perumahan?
    • Bagi pinjaman kerajaan, bayaran bulanan hanya perlu dibayar setelah kunci diserhakan kepada pemilik manakala bagi pinjaman bank, bayaran bulanan bermula sebaik sahaja bank mengeluarkan bayaran tuntutan pertama kepada kontraktor.

  6. Sekiranya saya pekerja sektor swasta, bagaimanakah saya boleh mendapatkan pinjaman bank 100% untuk membina rumah?
    • Kebiasaannya bank hanya meluluskan pinjaman sehingga 90% harga rumah, selebihnya peminjam perlu menambah duit simpanan atau EPF. Bagaimanapun, harga rumah boleh di " mark up" supaya jumlah pinjaman menghampiri 100%.
    •  
  7. Bolehkah pasangan saya membuat pinjaman perumahan sekiranya geran tanah atas nama saya?
    • Boleh, dengan syarat nama didalam geran tersebut ditukarkan kepada nama pasangan atau nama pasangan dimasukkan kedalam geran tanah tersebut.
    •  
  8. Apakah dokumen yg perlu saya sediakan sekiranya saya berminat untuk menggunakan khidmat Mahligai Idaman?
    • Antara dokumen /maklumat yang diperlukan oleh pihak MI adalah:
      • Salinan geran tanah yang lengkap.
      • Salinan IC pelanggan dan pasangan (Suami & Isteri ).
      • Alamat surat - Menyurat.
      • Alamat Email.
      • No telefon..

  9. Bagaimana dengan khidmat guaman? bolehkah sekiranya saya ingin menggunakan khidmat peguam saya sendiri.
    • Boleh, namaun maklumat lengkap berkenaan denagn peguam yang dilantik hendaklah diberikan kepada pihak kami. Ia adalah bagi memudahkan pihak kami berhubung secara lansung dengan peguam tersebut dalam memastikan urusan yang terlibat berjalan dengan lancar.
    •  
  10. Sekiranya syarat kegunaan tanah pada geran saya dikategorikan sebagai jenis pertanian, adkah permohonan saya untuk melakukan pembinaan rumah keatasnya dibenarkan oleh PBT?
    • Bagi masalah ini, proses tukar syarat tanah hendaklah dilakukan terlebih dahulu sebelum permohonan pembinaan dapat dibuat. Dalam hal ini, pihak akmi akan membantu menguruskan proses tukar syarat tanah iaitu dari pertanian kepada bangunan. Walaubagaimanapun, bayaran bagi proses tukar syarat ini hendaklah dijelaskan oleh tuan tanah tersebut.
    •  
  11. Jika lot tanah milik saya masih belum dipecahkan / dibahagikan, apakah prosedur yang perlu saya lakukan?
    • Dalam hal ini, apa yang dapat dilakukan hanyalah menunggu proses pecah lot selesai dan geran di atas nama tuan tanah dikeluarkan oleh pihak pejabat tanah. Nmaun, dalam tempoh untuk ia diselesaikan , anda boleh menerukan perbincangan dengan pihak kami berkenaan dengan pelan serta konsep yang diinginkan untuk rumah yang akan dibina.




No comments:

Post a Comment